INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

Dakwah non-muslim bantu bangun ummah

21/02/2011 13:01

Oleh: Shafadila Sapari & Mastura Abu Mansor

NILAI- Bilangan penganut agama Islam yang kini bertambah membuktikan agama tersebut memberi pengaruh yang besar kepada golongan non-muslim khususnya kepada penduduk asli.

     Berikutan itu, pelajar Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) pengkhususan  Dakwah dan Pengurusan Islam Tahun Tiga telah menganjurkan Konvesyen  Mahasiswa Pengajian Dakwah IPTA 2011 yang bertujuan untuk berkongsi pengalaman aktiviti dakwah mereka yang telah  diadakan di beberapa tempat kepada orang ramai.

    Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Yg Bhg Prof Dato’ Dr Asin bin Dollah dalam ucapannya berkata, beliau bersyukur kerana universiti berjaya melahirkan  da’ie yang penuh dengan pelbagai kemahiran dalam menyampaikan dakwah.

   “Kesungguhan bekerja merupakan satu kemahiran yang penting untuk menjadi pendakwah dan mereka haruslah merancang program dakwah secara strategik untuk memastikan hasil yang baik dan positif,”ujar beliau.

   Menurut pengarah program, Muhammad Kasmadi Kamaruddin, 23, beliau berhasrat supaya pelajar-pelajar baru khususnya pelajar dakwah dapat menyambung aktiviti seperti ini dalam mencapai objektif sebenar.

   “Saya berharap agar program sebegini akan sentiasa diadakan supaya golongan non-muslim ini tidak terlepas daripada didikan agama yang berterusan dan menjadi pegangan hidup mereka pada masa akan datang,” katanya ketika ditemu ramah.

    Majlis yang bertemakan ‘Mahasiswa Unggul Dakwah Ditegakkan’ itu telah dihadiri oleh kira-kira  300 pelajar dari USIM, UKM dan UM. Majlis juga turut  dirasmikan oleh Yg Bhg Prof Dato’ Dr Asin bin Dollah.

                                 

                        

 

 

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Create a website for freeWebnode