Oleh:Nur Khadijah bt Abu Bakar
NILAI- Seawal jam 5 pagi Kolej Kediaman Sutera Indah (KKSI) telah dimasuki dua orang lelaki pada hari Isnin yang lalu.Menurut sumber, kejadian tersebut mula disedari ketika salah seorang daripada ahli rumahnya melihat kelibat penceroboh tersebut yang ingin membuka tingkap bilik mereka.
Fairuz Pauzi, pelajar FPQS berkata, “kawan saya menjerit tiba-tiba sebaik melihat seorang lelaki bergayut untuk masuk ke biliknya melalui tingkap."Namun, langkah ke dua-dua pencuri itu tersasar lalu jatuh dan terus melarikan diri melalui laluan ke Surau KKSI.
Ketika disedari, didapati tiga buah rumah telah diceroboh. Antara barang yang didapati hilang seperti tiga buah laptop peribadi dan juga wang. Mereka yang terlibat telah membuat aduan polis melalui pejabat KKSI dan disifatkan kes ini masih lagi dalam siasatan dan pantauan pihak polis Nilai.
Kes pencerobohan ini dilihat berlaku kerana KKSI adalah salah satu kolej kediaman para pelajar perempuan Universiti Sains Islam Malaysia dan kawasan ini menjadi tarikan kerana ianya berdekatan dengan tempat membeli-belah TESCO dan juga GIANT, Nilai untuk kemudahan masyarakat setempat.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————