INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

ISU PALESTIN ISU UMMAH SEJAGAT

27/02/2011 06:20

oleh : Wan Nor Zadilah Wan Mohamad

NILAI- Mutakhir ini, isu pencerobohan rejim Zionis di Palestin yang hangat diperkatakan suatu masa dahulu kian dilupakan. Sehubungan itu, Biro Kerohanian Fakulti Sains dan Teknologi (FST) julung-julung kalinya menganjurkan diskusi ilmiah bertajuk “Palestine Will Be Free.”

Pihak USIM Today  dimaklumkan  bahawa sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin, hal ini   menyebabkan sebahagian penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Menurut perangkaan, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang.

“Jika dulu ada sesetengah pihak, malah kalangan rakyat Palestin sendiri merasakan ini masalah rakyat Palestin atau orang Arab saja tetapi kini semua mengakui masalah Palestin adalah masalah umat Islam sejagat,” jelas Prof Mohammad Mahmoud al-Hirthani, pensyarah daripada Universiti Islam Gaza yang dijemput khas oleh pihak penganjur pada malam tersebut.

Dalam diskusi ilmiah tersebut, Prof Mohammad Mahmoud juga sempat berkongsi pengalaman hidupnya. Antaranya ialah beliau pernah ditembak sebanyak dua kali dan juga pernah menjadi "kanak-kanak pembaling batu". Semasa berumur 17 tahun pula, beliau pernah dipenjara selama 18 bulan oleh pihak Israel.

Beliau menyampaikan ucapannya bersempena dengan Program USIM Berselawat 2011: UntukMu Ya Rasulullah di surau Kolej Kediaman 1 USIM yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa. Wartawan USIM Today sempat merakamkan beberapa nasihat dan kata-kata perangsang yang dititipkan dalam ucapannya kepada mahasiswa USIM.

             “Knowledge is Power, build your capacity,” ujarnya apabila diajukan persoalan mengenai tanggungjawab dan peranan mahasiswa Islam khususnya mahasiswa USIM dalam usaha untuk membantu dan  mempersiapkan diri mahasiswa dalam menghadapi cabaran dan kemungkinan yang akan berlaku apabila berhadapan dengan dunia luar.Diskusi ilmiah yang diadakan pada 15 Februari ini merupakan anjuran bersama JAKSA Kolej Kediaman 1(KK1 USIM),Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Iluvislam.com (USIM) dan Islam Tag.

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode