INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

KEMUDAHAN ONLINE DATABASE TIDAK DIGUNA PAKAI PELAJAR

23/02/2011 23:23

 

Puan Nor Azah,Pustakawan USIM.

Oleh: Nur Khadijah Abu Bakar 

USIM -  Penggunaan ‘online database’ masih kurang dikenali dalam kalangan pelajar USIM berikutan tiadanya pendedahan yang khusus untuk mereka. Kebanyakan pelajar bergantung kepada buku semata-mata tanpa mengambil inisiatif lain sehinggakan timbul permasalahan tentang kekurangan rujukan di perpustakaan USIM.

    Menurut Puan Nor Azah, Pustakawan USIM, masalah ini berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak peka dengan maklumat yang ditampal oleh pihak perpustakaan. Perkhidmatan pembelajaran untuk rujukan secara online diberikan kepada pelajar tanpa sebarang bayaran juga tidak dimanfaatkan oleh pelajar.

    “Pihak kami telah mengadakan pelbagai hebahan melalui blog, laman web, Opac, promosi pada pensyarah-pensyarah dan juga melalui  iklan. Pegawai Perhubungan Perpustakaan juga turut bekerjasama dalam menyampaikan hebahan di setiap fakulti di USIM,"ujar beliau.

    “Online database merupakan sistem pengumpulan data secara online. Sistem ini boleh digunakan sebagai maklumat tambahan untuk membuat tesis, kajian serta tugasan. Pelbagai pengisian disediakan oleh pihak perpustakaan USIM antaranya Bankscope, Blis, Ebscohost, Islamic Finance News, Lawnet, Lexis Nexis, Proquest dan Dissertation,” tambah beliau lagi.

    Bagi Nurainni Bolhassan,FSU,“ online database seperti Lawnet dan Lexis Nexis banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan perundangan.’’

    Setakat ini pihak perpustakaan telah menghabiskan RM21 ribu setahun untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan pelbagai maklumat terkini melalui pengisian ‘online database’ ini.

 

 

 

 

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode