Puan Nor Azah,Pustakawan USIM.
Oleh: Nur Khadijah Abu Bakar
USIM - Penggunaan ‘online database’ masih kurang dikenali dalam kalangan pelajar USIM berikutan tiadanya pendedahan yang khusus untuk mereka. Kebanyakan pelajar bergantung kepada buku semata-mata tanpa mengambil inisiatif lain sehinggakan timbul permasalahan tentang kekurangan rujukan di perpustakaan USIM.
Menurut Puan Nor Azah, Pustakawan USIM, masalah ini berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri yang tidak peka dengan maklumat yang ditampal oleh pihak perpustakaan. Perkhidmatan pembelajaran untuk rujukan secara online diberikan kepada pelajar tanpa sebarang bayaran juga tidak dimanfaatkan oleh pelajar.
“Pihak kami telah mengadakan pelbagai hebahan melalui blog, laman web, Opac, promosi pada pensyarah-pensyarah dan juga melalui iklan. Pegawai Perhubungan Perpustakaan juga turut bekerjasama dalam menyampaikan hebahan di setiap fakulti di USIM,"ujar beliau.
“Online database merupakan sistem pengumpulan data secara online. Sistem ini boleh digunakan sebagai maklumat tambahan untuk membuat tesis, kajian serta tugasan. Pelbagai pengisian disediakan oleh pihak perpustakaan USIM antaranya Bankscope, Blis, Ebscohost, Islamic Finance News, Lawnet, Lexis Nexis, Proquest dan Dissertation,” tambah beliau lagi.
Bagi Nurainni Bolhassan,FSU,“ online database seperti Lawnet dan Lexis Nexis banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang berkaitan dengan perundangan.’’
Setakat ini pihak perpustakaan telah menghabiskan RM21 ribu setahun untuk memastikan pelajar dilengkapi dengan pelbagai maklumat terkini melalui pengisian ‘online database’ ini.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————