INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

MAHASISWA GILAP BAKAT BARU

22/03/2011 12:46

Oleh  : Wan Nor Zadilah Binti Wan Mohamad

NILAI-  Bijak mencari potensi diri. Begitulah yang dapat digambarkan melalui penglibatan 66 orang mahasiswa yang mengambil alternatif terbaik dengan mengikuti Bengkel Pengacaraan Majlis , baru-baru ini.

“Antara objektif bengkel ini diadakan ialah untuk mendedahkan diri mahasiswa supaya melihat peluang kerjaya dalam bidang pengacaraan khasnya dan bidang–bidang lain amnya. Selain itu, bengkel ini juga bermatlamat meningkatkan pengetahuan sedia ada untuk menerajui alam pekerjaan selepas tamat pengajian,” jelas Fatin Izzati Hasbulllah, Pengarah Bengkel Pengacaraan Majlis ketika sesi ucapannya .

Bengkel yang dianjurkan oleh Exco Kerjaya, Pembimbing Rakan Universiti ini telah diadakan pada 19 Mac 2011 yang lalu  bertempat  di Bilik Mesyuarat Fakulti Syariah Undang-undang(FSU). Terdapat dua slot pengisian yang terdiri daripada sesi ceramah dan simulasi telah diadakan sepanjang bengkel ini berlangsung. Sesi ceramah telah dikendalikan oleh Encik Mohd Hasni Zulkifle, Kaunselor di Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

Antara pengisian yang telah dikongsi pada bengkel tersebut ialah berkaitan dengan  kredibiliti seorang pengacara majlis. Sebagai seorang pengacara, kita mestilah sentiasa  mempamerkan air  muka yang tenang, amanah dan baik hati, tidak panik  dalam pelbagai situasi, tidak berwatak serius serta pelbagai lagi.

Pada slot simulasi pula, para peserta telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyediakan skrip pengacaraan dan membuat simulasi pengacaraan mengikut tajuk-tajuk tertentu. Slot simulasi berkumpulan ini telah dikendalikan sepenuhnya  oleh saudari Nur Farhana Sulaiman, Kaunselor Pelatih di Universiti Multimedia, Melaka. Setiap persembahan kumpulan telah dikomen dan diadili oleh  Puan Nor Hazreen Mohd Nor, Pegawai Psikologi Kanan dari Unit Psikilogi Kaunseling dan Kerjaya, USIM.

 

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode