Oleh: Sumaiyah Binti Mohamad Najib
NILAI - Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) FPQS telah menganjurkan Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam yang berlangsung pada 7 hingga 12 Mac 2011 baru-baru ini di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.
Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi USIM. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu tersebut. Antaranya ialah pertandingan hafazan, tilawah, azan, Islamic short movie, Islamic comic dan pertandingan nasyid untuk mahasiswa dan mahasiswi.
Sesungguhnya Islam tidak menghalang hiburan dan kesenian tetapi hiburan tersebut mestilah menurut landasan yang telah ditetapkan oleh syariat. Perbezaan Minggu Kebudayaan dan kesenian Islam yang dianjurkan oleh SPP FPQS ini ialah pertandingan nasyid untuk siswi diadakan berasingan dengan siswa bermula dari gerak kerja, penonton sehingga barisan juri adalah dari kalangan siswi. Sebanyak 13 kumpulan siswi telah menyertai pertandingan tersebut.
Malam kemuncak majlis perasmian penutup berlangsung dengan jayanya di DKU FPQS pada 12 Mac 2011 jam 8.30 malam yang telah dirasmikan oleh Yg Bhg Prof Dato' Dr Muhamad Bin Muda, Naib Canselor USIM. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid popular MESTICA dan FIKRAH yang ditunggu- tunggu oleh mahasiswa dan mahasiswi USIM.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————
—————
—————
—————
—————
—————