INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

Misi Membudayakan Debat

09/03/2011 21:41

 

Oleh: Wan Nor Zadilah Binti  Wan Mohamad

NILAI- Debat merupakan laluan kepada para mahasiswa dan menjadi wadah untuk mencungkil bakat, di samping dapat melahirkan  ikon-ikon debat dalam kalangan mahasiswa, menurut Yg Bhg Prof Dato’ Dr Muhammad Muda, Naib  Canselor Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) ketika merasmikan Majlis  Kejohanan Debat Akhir Piala Naib Canselor 2011 dan  Perasmian Penutup .

Penganjuran Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2011 merupakan program anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama  Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dilihat sangat memberangsangkan melalui beberapa perubahan  yang telah dilakukan oleh pihak penganjur pada tahun ini.

Menurut pengarah program, saudara Zulwafaz Muhd, penganjuran debat kali keempat ini sangat menggalakkan dari sudut kualiti penganjuran dan penglibatan peserta. Antara perubahan besar dalam penganjuran debat pada tahun ini ialah melalui  penyertaan peserta dalam kolej kediaman dan syarat baru yang telah diperkenalkan oleh pihak penganjur  iaitu para pendebat universiti tidak dibenarkan untuk terlibat dalam kejohanan pada kali ini.

Penganjuran debat diadakan adalah untuk meningkatkan dan membudayakan debat dalam kalangan mahasiswa selain bertujuan untuk melestarikan debat di arena kampus dan antarabangsa.

Majlis  Kejohanan Debat Akhir Piala Naib Canselor 2011 dan  Perasmian Penutup telah diadakan pada 5 Mac 2011 di DKP 4 pada jam 8 malam. Majlis telah dirasmikan oleh Yg Bhg Prof Dato’ Dr Muhammad Muda, Naib  Canselor USIM.

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode