Oleh: Wan Nor Zadilah Binti Wan Mohamad
NILAI- Debat merupakan laluan kepada para mahasiswa dan menjadi wadah untuk mencungkil bakat, di samping dapat melahirkan ikon-ikon debat dalam kalangan mahasiswa, menurut Yg Bhg Prof Dato’ Dr Muhammad Muda, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) ketika merasmikan Majlis Kejohanan Debat Akhir Piala Naib Canselor 2011 dan Perasmian Penutup .
Penganjuran Kejohanan Debat Piala Naib Canselor 2011 merupakan program anjuran Kelab Debat USIM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dilihat sangat memberangsangkan melalui beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh pihak penganjur pada tahun ini.
Menurut pengarah program, saudara Zulwafaz Muhd, penganjuran debat kali keempat ini sangat menggalakkan dari sudut kualiti penganjuran dan penglibatan peserta. Antara perubahan besar dalam penganjuran debat pada tahun ini ialah melalui penyertaan peserta dalam kolej kediaman dan syarat baru yang telah diperkenalkan oleh pihak penganjur iaitu para pendebat universiti tidak dibenarkan untuk terlibat dalam kejohanan pada kali ini.
Penganjuran debat diadakan adalah untuk meningkatkan dan membudayakan debat dalam kalangan mahasiswa selain bertujuan untuk melestarikan debat di arena kampus dan antarabangsa.
Majlis Kejohanan Debat Akhir Piala Naib Canselor 2011 dan Perasmian Penutup telah diadakan pada 5 Mac 2011 di DKP 4 pada jam 8 malam. Majlis telah dirasmikan oleh Yg Bhg Prof Dato’ Dr Muhammad Muda, Naib Canselor USIM.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————