INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

MUNSYEED STARZ USIM 2011 PENTAS MAHASISWA MEMANIFESTASIKAN DAKWAH BIL LISAN

22/03/2011 12:54

Oleh : Wan Nor Zadilah Binti Wan Mohamad

NILAI- Menampilkan  artis nasyid tanah air, Halim Devotees dan berpasangan bersama  Faiz Aziz sebagai pengacara majlis, Munsyeed Starz USIM 2011 meriah dengan kehadiran mahasiswa yang hadir  memberi sokongan terhadap hiburan nasyid berlandaskan Syariat.

Bertujuan untuk memanifestasikan dakwah bil lisan dan menghayati kesenian Islam di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan mahasiswa, Munsyeed Starz  USIM 2011 berjaya merealisasikan objektif penganjurannya.Sebanyak tujuh penyertaan iaitu   empat kumpulan mewakili kategori berkumpulan  dan tiga kategori  solo telah berentap pada peringkat akhir Munsyeed Starz   yang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP 4) Sabtu lalu. Peringkat saringan telah diadakan pada sebelah  pagi pada hari yang sama.

Majlis turut dimeriahkan denagan  persembahan secara live oleh Halim Devotees. Dalam majlis tersebut, Halim telah menyampaikan dua buah lagu nasyid yang bertajuk “Maha Mendengar ” dan  “Dalam Sujud Cintaku.”

Munsyeed Starz merupakan program anjuran Sakretariat Fakulti Sains dan Teknologi (FST)  dengan kerjasama Eminds Corporation. Program ini juga mendapat sokongan daripada wakil media, Nasyid  FM.

Johan kategori berkumpulan telah disandang oleh kumpulan One Soulz  diikuti kumpulan Nafast dan Khairin yang berjaya memenangi tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori solo pula, Johan telah dirangkul oleh  Saudara Ahnaf. Manakala tempat kedua dan ketiga pula telah disandang oleh  Saudara  Syakirin dan Saudara Sufi. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Professor Madya Puan Norita Nawawi, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi(FST).

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

18/04/2011 02:49

PROGRAM ONE DAY COMMUNITY CARE

   PROGRAM ONE DAY COMMUNITY CARE Tarikh   :16 April 2011 Tempat :Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan Anjuran : Unit Kebudayaan (HEP USIM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat
18/04/2011 02:35

MAJLIS RAMAH MESRA MPP IPTA 2011

     MAJLIS RAMAH MESRA MPP IPTA 2011 Tarikh   : 7 April 2011 Tempat : PWTC,Kuala Lumpur Masa     :6.00 petang-10.30 malam Anjuran : Kementerian Pengajian Tinggi 
18/04/2011 02:30

PAMERAN DAN PERTANDINGAN SENI KHAT KREATIF 2011

 PAMERAN DAN PERTANDINGAN SENI KHAT KREATIF 2011 Tarikh    :14-15 April 2011 Tempat  :Lobi Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) Masa     :9.00 pagi-6.00 petang Anjuran  :Urusetia Kesenian Pelajar dan kerjasama Unit Kebudayaan Pelajar (HEP) USIM
18/04/2011 02:25

STUDENT'S INNOVATION COMPETITION (SIC'11)

 STUDENT'S  INNOVATION COMPETITION (SIC '11) Tarikh   :12-13 April 2011 Tempat :FPQS Masa    :8.00 pagi -6.00 petang Anjuran :Fakulti Sains dan Teknologi, USIM
18/04/2011 02:21

MUET WRITING WORKSHOP (FPBU )

       MUET WRITING WORKSHOP  (FPBU) Tarikh   :9 April 2011 Tempat :FPQS Masa    : 8.00-12.00 tengah hari Anjuran :Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) USIM
08/04/2011 20:52

TAMSIL ARABIYAH FPBU

 TAMSIL ARABIYAH FPBU 2011 Tarikh     :  8 April 2011 Masa      : 2.45 Petang Tempat   :  DKU FPQS Anjuran   : Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
28/03/2011 12:29

LAUNCHING PRODUK FST

            LAUNCHING PRODUK FST Tarikh    :28-30 Mac 2011 Tempat  :Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) USIM Anjuran  :Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
27/03/2011 01:37

KENALI DIRI :SIAPA AKU?

     KENALI DIRI :SIAPA AKU? Tarikh :25 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8 -11 malam Anjuran:JAKSA KKSI Menampilkan personaliti TV3,Fedtri Yahya sebagai tetamu undangan
27/03/2011 01:28

BENGKEL MUET FPBU -SPEAKING

   BENGKEL MUET FPBU-SPEAKING Tarikh    :26 Mac 2011 Masa     :8 pagi-12 tengah hari Tempat :DKF 2.1 FPQS USIM Amjuran:Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
26/03/2011 23:23

BENGKEL PENGURUSAN SENI

   BENGKEL PENGURUSAN SENI Tarikh  :24-25 Mac 2011 Tempat :Istana Budaya & studio Unit kebudayaan Masa   :8pagi -6 petang Anjuran:Urusetia Kesenian Pelajar,Unit Kebudayaan Pelajar,HEP

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode