INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

MUNSYEED STARZ USIM 2011 PENTAS MAHASISWA MEMANIFESTASIKAN DAKWAH BIL LISAN

22/03/2011 12:54

Oleh : Wan Nor Zadilah Binti Wan Mohamad

NILAI- Menampilkan  artis nasyid tanah air, Halim Devotees dan berpasangan bersama  Faiz Aziz sebagai pengacara majlis, Munsyeed Starz USIM 2011 meriah dengan kehadiran mahasiswa yang hadir  memberi sokongan terhadap hiburan nasyid berlandaskan Syariat.

Bertujuan untuk memanifestasikan dakwah bil lisan dan menghayati kesenian Islam di samping mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan mahasiswa, Munsyeed Starz  USIM 2011 berjaya merealisasikan objektif penganjurannya.Sebanyak tujuh penyertaan iaitu   empat kumpulan mewakili kategori berkumpulan  dan tiga kategori  solo telah berentap pada peringkat akhir Munsyeed Starz   yang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Pusat (DKP 4) Sabtu lalu. Peringkat saringan telah diadakan pada sebelah  pagi pada hari yang sama.

Majlis turut dimeriahkan denagan  persembahan secara live oleh Halim Devotees. Dalam majlis tersebut, Halim telah menyampaikan dua buah lagu nasyid yang bertajuk “Maha Mendengar ” dan  “Dalam Sujud Cintaku.”

Munsyeed Starz merupakan program anjuran Sakretariat Fakulti Sains dan Teknologi (FST)  dengan kerjasama Eminds Corporation. Program ini juga mendapat sokongan daripada wakil media, Nasyid  FM.

Johan kategori berkumpulan telah disandang oleh kumpulan One Soulz  diikuti kumpulan Nafast dan Khairin yang berjaya memenangi tempat kedua dan ketiga.

Bagi kategori solo pula, Johan telah dirangkul oleh  Saudara Ahnaf. Manakala tempat kedua dan ketiga pula telah disandang oleh  Saudara  Syakirin dan Saudara Sufi. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Professor Madya Puan Norita Nawawi, Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi(FST).

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode