Oleh : Sumaiyah Mohamad Najib
Nilai- Universiti Sains Islam Malaysia telah merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Debat Integriti dan diisyhtiharkan Juara Terbaik Keseluruhan Pusingan Liga di UUM Sintok pada 20 Mac 2011 yang lalu.
Pasukan pendebat USIM yang diwakili oleh saudari Ummu Umairah, saudara Abdullah Long, saudara Ikhwan Rosselli dan saudara Irhamuddin membawa pulang piala dan wang tunai RM4,000. Manakala Saudara Mohd Ikhwan yang telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dalam pertandingan ini telah menerima Piala Pusingan Pendebat Terbaik serta wang tunai RM1,000 yang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
Pertandingan ini telah menyaksikan pertandingan sebanyak 30 pasukan berentap termasuk dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), serta institusi pendidikan perguruan.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————