oleh : Wan Nor Zadilah Wan Mohamad
NILAI- Mutakhir ini, isu pencerobohan rejim Zionis di Palestin yang hangat diperkatakan suatu masa dahulu kian dilupakan. Sehubungan itu, Biro Kerohanian Fakulti Sains dan Teknologi (FST) julung-julung kalinya menganjurkan diskusi ilmiah bertajuk “Palestine Will Be Free.”
Pihak USIM Today dimaklumkan bahawa sepanjang penindasan yang berlaku semenjak tahun 1948 dengan kemasukan kaum Yahudi ke bumi Palestin, hal ini menyebabkan sebahagian penduduk Palestin telah menjadi pelarian. Menurut perangkaan, angka pelarian telah mencecah lebih 9 juta orang.
“Jika dulu ada sesetengah pihak, malah kalangan rakyat Palestin sendiri merasakan ini masalah rakyat Palestin atau orang Arab saja tetapi kini semua mengakui masalah Palestin adalah masalah umat Islam sejagat,” jelas Prof Mohammad Mahmoud al-Hirthani, pensyarah daripada Universiti Islam Gaza yang dijemput khas oleh pihak penganjur pada malam tersebut.
Dalam diskusi ilmiah tersebut, Prof Mohammad Mahmoud juga sempat berkongsi pengalaman hidupnya. Antaranya ialah beliau pernah ditembak sebanyak dua kali dan juga pernah menjadi "kanak-kanak pembaling batu". Semasa berumur 17 tahun pula, beliau pernah dipenjara selama 18 bulan oleh pihak Israel.
Beliau menyampaikan ucapannya bersempena dengan Program USIM Berselawat 2011: UntukMu Ya Rasulullah di surau Kolej Kediaman 1 USIM yang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada mahasiswa. Wartawan USIM Today sempat merakamkan beberapa nasihat dan kata-kata perangsang yang dititipkan dalam ucapannya kepada mahasiswa USIM.
“Knowledge is Power, build your capacity,” ujarnya apabila diajukan persoalan mengenai tanggungjawab dan peranan mahasiswa Islam khususnya mahasiswa USIM dalam usaha untuk membantu dan mempersiapkan diri mahasiswa dalam menghadapi cabaran dan kemungkinan yang akan berlaku apabila berhadapan dengan dunia luar.Diskusi ilmiah yang diadakan pada 15 Februari ini merupakan anjuran bersama JAKSA Kolej Kediaman 1(KK1 USIM),Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM), Iluvislam.com (USIM) dan Islam Tag.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————