INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

MINGGU KEBUDAYAAN DAN KESENIAN ISLAM MERIAH

14/03/2011 20:40

Oleh: Sumaiyah Binti Mohamad Najib

NILAI - Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP) FPQS telah menganjurkan Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam yang berlangsung pada 7  hingga 12 Mac 2011 baru-baru ini di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah.

Minggu Kebudayaan dan Kesenian Islam  ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi USIM. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang minggu tersebut. Antaranya ialah pertandingan hafazan, tilawah, azan, Islamic short movie, Islamic comic dan pertandingan nasyid untuk mahasiswa dan mahasiswi.

Sesungguhnya Islam tidak menghalang hiburan dan kesenian tetapi hiburan tersebut mestilah menurut landasan yang telah ditetapkan oleh syariat. Perbezaan Minggu Kebudayaan dan kesenian Islam yang dianjurkan oleh SPP FPQS ini ialah pertandingan nasyid untuk siswi diadakan berasingan dengan siswa bermula dari gerak kerja, penonton sehingga barisan juri adalah dari kalangan siswi. Sebanyak 13 kumpulan siswi telah menyertai pertandingan tersebut.

Malam kemuncak majlis perasmian penutup berlangsung dengan jayanya di DKU FPQS pada 12 Mac 2011  jam 8.30 malam yang telah dirasmikan oleh Yg Bhg Prof  Dato' Dr  Muhamad Bin Muda, Naib Canselor USIM. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid popular MESTICA dan FIKRAH yang ditunggu- tunggu oleh mahasiswa dan mahasiswi USIM.  

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode