INTERAKTIF,EFEKTIF DAN BERMAKLUMAT

USIM BERSELAWAT 2011 : Hidupkan suasana kecintaan terhadap Rasulullah

25/02/2011 20:36

 

Oleh : Nik Nor Yusilham & Wan Nor Zadilah

NILAI,14 Feb- Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1432h, program USIM Berselawat 2011: Untukmu Ya Rasulullah telah berjaya mensasarkan lebih daripada 400 orang mahasiswa  yang telah membuktikan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW dengan turut serta  bagi memeriahkan majlis yang berlangsung di Pusat Sukan Pavillion, USIM.

        Program bermula dengan perarakan di Kolej Kediaman Satu (KK1 USIM ) ke Pavillion ini telah  dimeriahkan  dengan alunan selawat oleh para mahasiswa. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan kerjasama  bersepadu antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), JAKSA KK1 dan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia( SPMM).

       Menurut pengarah program, saudara Mohd Hazimin Harun, beliau  melahirkan rasa bersyukur kerana sambutan yang ditunjukkan oleh para mahasiswa sangat menggalakkan. “Sambutan yang diberikan oleh mahasiswa adalah diluar jangkaan,”terang beliau. Kami difahamkan, pada peringkat awal Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul dan kulliah Maghrib ini telah dirancang untuk diadakan di Surau KK1 USIM, namun setelah berbincang untuk kali kedua, pihak penganjur telah bersepakat untuk menukarkannya ke Pavilion.” Publisiti dan hebahan yang cukup meluas mempengaruhi faktor penukaran tempat ini,” jelas Hazimin yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP USIM sesi 2010/2011.

      Wartawan USIM Today sempat mendapat respon daripada Pengetua KK1, Doktor Radhi Bin Ibrahim berkaitan penganjuran program ini. ”Program ini, saya lihat begitu baik sekali dan saya gembira dengan respon pelajar. Program sebegini merupakan program yang berbentuk sokongan kerohanian dan saya berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang,” jelas beliau  yang turut merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini  yang bertemakan USIM Berselawat 2011:UntukMu Ya Rasulullah.

     Pada malam tersebut juga, pihak penganjur telah menjemput ustaz Syed Norhisyam, Mentor Imam Muda sebagai penceramah jemputan untuk  kulliah Maghrib  yang bertajuk The Choosen One. Kami juga dimaklumkan bahawa  USIM Berselawat merupakan program terakhir MPP  USIM  bagi sesi 2010/2011.

Contact

USIM ANBA'

usimanba@gmail.com

TEAM USIM ANBA'
FAKULTI PENGAJIAN BAHASA UTAMA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)
71800 BANDAR BARU NILAI NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Search site

Pautan ke :

LAMAN WEB RASMI USIM

https://www.usim.edu.my/

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM

www.srcusim.blogspot.com

 

 

Events Calendar

26/03/2011 23:20

BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS

    BENGKEL PENGACARAAN MAJLIS Tarikh : 19 Mac 2011 Tempat : Bilik Mesyuarat Utama FSU Masa   : 8-12 tengah hari Anjuran: Pembimbing Rakan Universiti
26/03/2011 23:14

MUNSYEED STARZ USIM 2011

      MUNSYEED STARZ USIM 2011 Tarikh :19 Mac 2011 Tempat :DKP 4 Masa   :8-11 malam Menampilkan artis nasyid tanah air,Halim Devotees dan Faiz Aziz sebagai pengacara majlis.
14/03/2011 20:35

Talk Show bersama Artis - dari Artis kepada Pendakwah

   TALK Show Bersama Artis-Dari Artis ke Pendakwah         Travelog Hidayah Mencari Cinta Hakiki            TARIKH  : 16 MAC 2011             MASA    :...
23/02/2011 12:08

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM

KARNIVAL KEUSAHAWANAN MUSLIM Dijemput kepada semua mahasiswa untuk sama-sama memeriahkan Karnival Keusahawanan Muslim. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk anda.         Tarikh   : 21-25  Februari...
21/02/2011 04:44

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP )

Makluman penting:        Semua mahasiswa USIM diminta untuk turun mengundi calon pilihan mereka di tempat yang dikhaskan mengikut fakulti masing-masing.

Poll

Adakah anda berpuas hati dengan website kami?

Salam Mahasiswa Power - USIM ANBA' © 2011 All rights reserved.

Make a website for freeWebnode