Oleh : Nik Nor Yusilham & Wan Nor Zadilah
NILAI,14 Feb- Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1432h, program USIM Berselawat 2011: Untukmu Ya Rasulullah telah berjaya mensasarkan lebih daripada 400 orang mahasiswa yang telah membuktikan kecintaan mereka terhadap Rasulullah SAW dengan turut serta bagi memeriahkan majlis yang berlangsung di Pusat Sukan Pavillion, USIM.
Program bermula dengan perarakan di Kolej Kediaman Satu (KK1 USIM ) ke Pavillion ini telah dimeriahkan dengan alunan selawat oleh para mahasiswa. Program yang julung-julung kali diadakan ini merupakan kerjasama bersepadu antara Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), JAKSA KK1 dan Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia( SPMM).
Menurut pengarah program, saudara Mohd Hazimin Harun, beliau melahirkan rasa bersyukur kerana sambutan yang ditunjukkan oleh para mahasiswa sangat menggalakkan. “Sambutan yang diberikan oleh mahasiswa adalah diluar jangkaan,”terang beliau. Kami difahamkan, pada peringkat awal Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul dan kulliah Maghrib ini telah dirancang untuk diadakan di Surau KK1 USIM, namun setelah berbincang untuk kali kedua, pihak penganjur telah bersepakat untuk menukarkannya ke Pavilion.” Publisiti dan hebahan yang cukup meluas mempengaruhi faktor penukaran tempat ini,” jelas Hazimin yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP USIM sesi 2010/2011.
Wartawan USIM Today sempat mendapat respon daripada Pengetua KK1, Doktor Radhi Bin Ibrahim berkaitan penganjuran program ini. ”Program ini, saya lihat begitu baik sekali dan saya gembira dengan respon pelajar. Program sebegini merupakan program yang berbentuk sokongan kerohanian dan saya berharap agar program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang,” jelas beliau yang turut merasmikan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini yang bertemakan USIM Berselawat 2011:UntukMu Ya Rasulullah.
Pada malam tersebut juga, pihak penganjur telah menjemput ustaz Syed Norhisyam, Mentor Imam Muda sebagai penceramah jemputan untuk kulliah Maghrib yang bertajuk The Choosen One. Kami juga dimaklumkan bahawa USIM Berselawat merupakan program terakhir MPP USIM bagi sesi 2010/2011.
USIM ANBA'
TEAM USIM ANBA'Pautan ke :
LAMAN WEB RASMI USIM
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP) USIM
—————
—————
—————
—————